KUALA PILAH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin bulan lalu.
Tindakan tersebut telah menyebabkan kenderaan yang diparkir menggelongsor dan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati mendedahkan dua anaknya iaitu seorang perempuan berusia lima tahun tujuh bulan dan seorang lelaki berusia setahun tiga bulan dengan cara meninggalkannya dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan.
Ia mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 12 Mac lalu jam lebih kurang 5.30 petang di bahu jalan berhadapan Tapak Bazar Ramadan Kuala Klawang, Jelebu.
Sehubungan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(A)Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam kamar sama, Siti Salasiah turut mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan pada tarikh, waktu dan lokasi sama, sebagai pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona, dia didakwa meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan enjin tidak dimatikan tanpa pengawasan dengan cuai telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Norazihah kemudiannya memohon tarikh sebutan kes bagi fakta serta hukuman dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah bagi pertuduhan pertama.
Manakala Norazihah menawarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin kepada Siti Salasiah bagi pertuduhan kedua.
Dalam rayuannya kedua-dua tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan susulan Siti Salasiah hanya merupakan suri rumah manakala Muhammad Firdaus baru mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun selain berdepan dengan kekangan kewangan.
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi pertuduhan secara bersama dan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu,satu lagi pertuduhan yang dihadapi Siti Salasiah dikenakan wang jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dengan tarikh sebutan semula kes pada 2 Mei depan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 03 2024
Muhammad Firdaus dan Siti Salasiah tiba di pekarangan mahkamah diiringi anggota polis. - Foto Sinar Harian
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas
Draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dicadangkan Algeria, yang menuntut gencatan senjata di Gaza dan pembebasan semua tebusan yang ditahan oleh Hamas dan meminta Israel menghentikan serta-merta serangan tenteranya di Rafah, adalah tidak adil dan mengalami kelompongan.
PBB gesa Israel memudahcara akses pekerja bantuan ke pintu sempadan
PBB mendesak Israel buka akses sempadan segera untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza. Larangan pergerakan halang pekerja bantuan capai bekalan kritikal.
Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata
Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata selagi serangan Israel di Gaza berlanjutan, tetapi sedia meterai perjanjian jika perang dihentikan. Mesir dan Qatar jadi pengantara.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, di Gaza
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pakar dakwa makhluk asing guna 'alat menyamar' elak dikesan manusia
Sebelum kejadian penampakan makhluk asing di Las Vegas, terdapat sinaran cahaya yang tidak dapat dijelaskan di langit.
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
Suami isteri didakwa tinggalkan dua anak dalam kereta
Sepasang suami isteri didakwa meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin.
Suami isteri didakwa jadi pengangkut seludup PATI
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, Hutan Melintang, pada jam 5.30 pagi, 29 November lalu.
Suami isteri didakwa edar 51 kilogram ganja
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram.
Suami isteri tidak mengaku bersalah dera, aniaya dua anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua anak mereka.
Suami isteri mengaku tidak bersalah 'scam' bekalan baju raya
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal membekalkan baju raya kepada seorang individu, Februari lalu.
Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.